Friday, October 31, 2008

Hati-hati bila suami anda ada tanda-tanda macam ni

Senang aje kalau para isteri memang betul-betul perihatin tentang perubahan suami mereka.

Salah satunya, masa makan tengahari, sekiranya sepanjang perkahwinan suami sentiasa balik makan tengahari kat rumah (ini bagi yang tinggal tak jauh dari pejabat lah) , tapi tiba-tiba perubahan mula berlaku, dah pandai skip pulak nak balik rumah, mulalah suami buat cerita macam-macam..apatah lagi isteri percaya habislah..Memang kepercayaan isteri terhadap suami di harus kan tapi berpada lah...

Mula prithatin dalam diam tindakan suami, tapi jangan lah di luahkan dulu rasa hati..bersabar..jika berlarutan dari makan tengahari dan merebak ke makan malam pun dia dah pandai bagi alasan .. Jadi tepuk dada tanya selera..

Semua pandangan diraikan


Ada orang bertanya saya, "Apa yang awak tahu tentang lelaki?"

Jawab saya, "Kalau awak nak tanya pendapat, bolehlah saya berikan serba sedikit."

Saya ditanya lagi, "Mana mungkin perangai lelaki serupa?"

Jawapan, "Insya Allah saya boleh terima semua pandangan. Tetapi saya tahu ramai juga lelaki yang tidak jujur kepada isteri mereka."

Semua pandangan diraikan. Selamat datang dan selamat membaca.