Monday, March 2, 2009

Bila Sahabat Menjadi Kekasih

Definasi "Sahabat" dan "Kekasih" terlalu jauh perbezaannya..

Ikatan persahabatan tidak akan terputus dan kekal selamanya walaupun terpisah jauh di bawa peredaran waktu tetapi ikatan kekasih kadang-kadang akan putus bila-bila masa jika persefahaman sudah tidak berjalan seriring diantara dua pihak..
Tapi apa kesudahannya jika sebuah ikatan persahabatan bertukar menjadi ikatan kekasih...terlalu sukar untuk mehuraikan perasaan masing-masing..tapi ianya juga sukar untuk menyalahkan mana-mana pihak kerana ianya berkaitan dengan hati dan perasaan..ianya lumrah kehidupan..tiada sesiapa yang sempurna.
Mungkin kadang-kadang kita cuba mengelak sebaik mungkin supaya ikatan seorang sahabat tetap kekal sebagai sahabat tapi kadang-kadang kita kena akur dengan perasaan kita sendiri..jangan terlalu ego, akibatnya kita sendiri yang merasa derita..belajar terima apa yang berlaku..
Tetapi peritnya, bila ikatan sahabat menjadi kekasih dan terputus nya hubungan itu, maka betapi pedihnya terasa teramat sangat kerana telah hilangnya seorang sahabat dan kekasih kepada kita...
Pasti kedua-dua pihak menderita sama-sama...

Monday, January 19, 2009

Tinggi nya ego wanita...

Semua insan ada ego nya tersendiri..begitu juga seorang insan bergelar wanita..
Rasa ego yang kadang-kdang membuat diri wanita tersebut berada didalam kemelut samada menuju kejalan kebahagiaan atau kekecewaan..
Tapi puncanya tetap datang dari rasa ego wanita itu sendiri..dalam menangani rasa hati sendiri, cuba menapis apa yang dirasa dan menidakkan nya ..tapi ego itulah membuat diri wanita tersebut berada didalam kesedihan dan kesunyian..tapi tidak dapat disalahkan rasa ego wanita tersebut, mungkin kerana untuk kebahagiaan insan yang dia sayang tanpa disedari insan tersebut..dan mungkin rasa ego yang dipertahankannya membuat dia rasa bahagia bila melihat orang lain bahagia
Apapun, hanya wanita tersebut yang dapat memberi sepenuhnya jawapan kepada persoalan ego diri nya sendiri dan menerima risiko yang berkaitan dengan kebahagiaan dirinya sendiri ...
Hakikatnya , wanita tersebut juga perlukan kebahagiaan walaupun diri sendiri takut untuk menerima risiko rasa ego nya sendiri..tapi dia tetap pasrah
Bila ada rasa cinta dan sayang di dalam diri wanita yang ada ego nya tersendiri..maka jawapannya..
Fikirkan lah bersama....

Wednesday, January 7, 2009

Erti Sebuah Kebenaran

Terdetik seketika pertanyaan bermain di minda, apa erti sebuah kebenaran dan kesannya kepada individu yang mengalaminya...
Kadang-kadang sukar dan pahit untuk menerima tapi hakikatnya kita juga terpaksa dalam keterpaksaan..sekadar menjaga sebuah kehidupan..
Kadang-kadang kita berpura-pura di dalam ego diri sendiri..tapi pahit dan pedihnya kita sendiri yang tahu , walaupun disebalik gelak tawa, ianya mampu menampung seketika rasa hati yang kecewa...

Entah, mungkin kita tidak sama dalam menangani persoalan yang timbul tapi apa yang pasti perasaan sedih tetap sama dilalui..entah, itulah kehidupan demi sebuah kehidupan orang lain..
Sehebat manapun yang dirasai insan yang mengalaminya dengan ego bersamanya, tapi jauh disudut hati nya pasti ada sedikit kekeliruan yang timbul dengan persoalan hati nya..
Apa yang pasti, tanya hati dan perasaan dan cari intipati kebenaran yang bermain dihati , agar jawapan yang dapat dikupas tanpa rasa ego dihati dan ikhlas menerima apa yang tersirat dihati..
Kalau ada timbul rasa yang bertentangan dengan hati, apa yang mampu dilakukan adalah mejauhkan diri kerana tidak mahu ada yang terluka dengan kata-kata cemuhan ..kadang-kadang menerima kebenaran yang hakiki bagai menghiris hati ..walaupun sudah melalui banyak kali liku-liku permasalaha yang hampir sama
Kita manusia, memang hanya mampu merancang dan hendak yang terbaik didalam apa-apa bentuk perhubungan tapi kita juga jangan lupa , hati dan perasaan adalah hak mutlak kita, samada menerima apa yang akan terlintas atau belum lagi terlintas , kita kena sanggup menerima nya dengan hati terbuka tanpa mempersoalkan salah siapa kah ianya terjadi sebegitu...
Renung-renungkan..