Wednesday, December 31, 2008

"Matahariku"

Matahariku oleh Agnes Monica

Tertutup Sudah Pintu
Pintu Hatiku
Yang Pernah Dibuka Waktu
Hanya Untukmu
Kini Kau Pergi
Dari Hidup Ku
Ku Harus Relakan Mu
Walau Aku Tak Mau
Berjuta Warna Pelangi
Didalam Hati
Sejenak Luluh Bergeming Menjauh Pergi
Tak Ada lagi Cahaya Suci
Semua Nada Beranjak
Aku Terdiam Sepi
Dengarlah Matahariku
Suara Tangisanku
Ku Bersedih Kerna Panah Menusuk Jantungku
Ucapkan Matahariku
Puisi Tentang Hidupku
Tentang Ku Yang Tak Mampu Menaklukkan Waktu


Hebatnya luahan hati seorang wanita terhadap lelaki yang dia sayangi..lirik-lirik lagu yang mampu membuat air mata seorang wanita mengalir dimana jalan percintaannya yang seakan sama..

Tuesday, December 30, 2008

Realiti diantara sebuah "AZAM" dan "KEKUATAN"

Hari ini 31 Disember 2008, hari terakhir bagi tahun 2008
Beberapa jam saja lagi dari saat aku membuat coretan lebaran 2008 ini, maka masuklah tahun baru 2009 yang belum aku tahu lagi bentuk perjalanan yang aku lalui. Tapi doa ku buat diriku, anak-anakku, saudara-saudaraku dan kawan-kawanku tetap sama dengan doaku didalam setiap kali solat ku..
Azam aku tetap sama , dan hanya aku sendiri tahu sampai setakat mana diriku telah mencapai matlamat azam ku..apa yang aku perlukan adalah secebis "KEKUATAN" diri untuk aku menjadi lebih tabah dalam aku mengharungi liku-liku hidup ku sebagai seorang ibu, kawan dan entah mungkin sebagai seorang kekasih..tapi jauh disudut hati, dengan apa yang telah dilalui sepanjang 2008, terlalu banyak kenangan pahit dari kenangan manis dalam percintaan..maka tekad diriku, biarlah lembaran 2009, ungkapan kekasih tidak wujud dihati ku..agar aku sendiri tidak merasa terluka dan dilukai lagi..
Buat anak-anak, rasa kasih sayang seorang ibu tidak pernah berubah sampai keakhir hayat sekalipun..dan kasih sayang yang diterima dari anak-anak cukup membahgiakan kehidupan ku selama ini..merekalah penghibur ketika diriku berduka dan merekalah yang mampu membuat aku ketawa dalam menangis kegembiraan..didalam aku berhadapan dengan anak-anak, hanya seorang ibu saja tahu "KEKUATAN" yang macamana diperlukan untuk mengekalkan kemesraan dan kasih sayang bersama anak-anak tidak tergugat sema sekali..
Buat kawan-kawan, erti sebenar sebuah persahabatan, "KEKUATAN" nya terletak dengan rasa keikhlasan dan saling percaya mempercayai adalah paling utama bagi mengekalkan sebuah persahabatan.
"Selamat Tinggal 2008 & Selamat Datang 2009"

Monday, December 29, 2008

Lelaki sebagai sahabat..

Lelaki menjadi"SAHABAT" dalam ertikata yang sebenarnya..
Kadang-kadang kita terlupa atau buat-buat terlupa yang lelaki hanya untuk dijadikan sebagai seorang "KEKASIH" sahaja tapi kita perlu sedar masih ada lelaki yang tidak akan menjadi kekasih kita tetapi sebagai seorang "SAHABAT" yang lebih memahami diri kita dari lelaki yang bergelar "KEKASIH" kepada diri kita..
Seorang "SAHABAT" yang mampu membuat kita tersenyum dan ketawa bila kita berada dalam kekecewaan dan terluka akibat perbuatan seorang lelaki yang bergelar "KEKASIH".
Mungkin selama ini kita tidak menyedari masih ada lelaki yang mampu kita jadikan "SAHABAT" dan ikhlas memberi nasihat terhadap kita walaupun hanya dengan kata-kata..tapi kesannya sedikit sebanyak memberi kesan yang mendalam kepada diri kita..sebab keikhlasan nya dapat dirasai jauh disudut hati dan mampu menghilangkan rasa kecewa yang dialami..hebatkan seorang "SAHABAT"
"SAHABAT" sebeginilah paling sukar dijumpai..
Kepada lelaki-lelaki lain..cubalah menjadi "SAHABAT" dalam ertikata yang sebenarnya kepada seorang wanita...apa yang penting niat kita bersahabat..keikhlasan ,saling percaya dan hormat menghormati didalam persahabatan..itulah kekuatan sebuah "PERSAHABATAN"
Dan kepada lelaki yang bergelar "SAHABAT" , terimakasih kerana keikhlasan dan perhatian yang diberi..

Tuesday, December 16, 2008

Rawan..luahan hati seorang wanita

Salam..
Rawan
Biar berjauhan namamu daku sebutkan
Cukup untuk mengisi
Sepi tika pilu menanti
Bukan bintang atau suria bisa menyinar ceria
Namun kau cahaya menerangi jiwa nan lara
Berperang dengan curiga di firasatku
Andai kau kembali merawat hati rindu
Ku bahagia pabila kau tiba
Kau lenyapkan rawan
Tak usah dikau pergi
Tak ingin lagi
Mmeruntun hiba dengan sesalan
Kini kuakui
Segala kemaafan ku pohon kepadamu
Agar kau mengerti
Hanya cintamu yang terbaik untukku
Lirik-lirik lagu "Rawan" oleh Azharina..begitu dalam maksudnya dan bila betul-betul dihayati betapa hebat cintanya kepada seorang insan bernama lelaki yang berada jauh dari dirinya.. Walaupun adakala curiga dan keresahan dihati,namun kehadiran orang yang dicintai amat diingini..Dan kehadiran mungkin dapat menghilangkan rindu yang dipendam selama berjauhan..
Tapi, terfikir sejenak..adakah rasa rindu seorang wanita yang dilalui setiap saat dan ketika juga dirasa oleh insan yang kita cintai. Dalam kehebatan kita mencintai lelaki, rasa dilukai dan disakiti tetap dilalui tapi demi cinta nya, wanita tersebut sanggup bertahan.. TAPI, untuk berapa lama lagi perlu membuktikan cinta kita terhadap seorang lelaki. Kadang-kadang ada lelaki yang tak berhak untuk mendapat cinta seorang wanita..
Andaikata wanita itu penyeri hidup seorang lelaki, mengapa mesti ada luka dihati? Mengapa harus ada sengsara dalam nafas mereka?

Thursday, November 20, 2008

Antara yang pertama dan kedua

Besar perbezaan diantara dua angka teresbut "1 dan 2". Untuk menjadi yang pertama memang sudah pilihan sendiri atau pilihan yang di tentukan keluarga . Tapi untuk menjadi yang "kedua" kebanyakannya adalah pilihan sendiri.

Kadang kala yang "pertama" bila tidak sanggup dengan kehadiran orang yang "kedua" didalam rumahtangga nya sanggup mengambil keputusan untuk tidak berkongsi kasih..kerana terlalu kecewa dgn sikap suami yang curang dan jalan yang di pilih adalah untuk berpisah. tapi mungkin sudah suratan takdir, jodoh dan pertemuan di tentukan Allah.

Tapi pelik kan, bila orang yang pernah jadi yang "pertama" dulu kini hadir dalam sebuah rumahtangga orang lain dan sanggup untuk menjadi yang "kedua". Kadang-kadang ada soalan yang masih tetap jadi persoalan kepada yang pernah jadi "pertama" dan akan menjadi yang "kedua".

"Kenapa dulu dia tidak sanggup terima yang "kedua" didalam rumahtangga nya tetapi sekarang bersedia untuk menjadi yang "kedua" di dalam rumahtangga orang lain??? Jawapan nya hanya pada yang melalui semua perjalanan hidup tersebut. Sukar dipersalahkan mana-mana pihak..ianya tentang persoalan hati dan perasaan.

Apapun kesimpulan yang dilemparkan terhadap yang "pertama" atau "kedua".. yang tetap menjadi kenyataan nya, ianya hati seorang "WANITA" yang masih memerlukan kasih-sayang dari seorang insan yang bergelar "LELAKI"..dan didalam perjalanan mencari kembali erti cinta dan sayang seorang "LELAKI" , orang yang pernah jadi yang "pertama" atau berkemungkinan untuk menjadi yang "kedua" tidak akan dapat menjawab persoalan yang diberikan kepada mereka "KENAPA SANGGUP JADI YANG KEDUA"

Semoga sedikit penjelasan dapat membongkar sedikit keresahan "LELAKI" yang pernah bertanya soalan tersebut kepada "WANITA" yang 'kedua" didalam hidup meraka..

Apa yang penting keikhlasan kasih sayang samada untuk menjadi yang "pertama" ataupun "kedua"

Monday, November 17, 2008

Erti Sepi..

Pelik kan sebuah kehidupan..kadang-kadang bila kita ada teman yang sanggup mengisi kekosongan hati dan sanggup dijadikan tempat mengadu ketika sepi, kita rasa tak yakin akan diri dan keihklasan yang diberi.Mungkin kerana pengalaman yang telah di lalui mengajar kita berhati-hati untuk disakiti lagi.

Hakikatnya kita memang perlukn teman untuk mengisi kesepian diri tapi keegoan dirilah menjadikan kita sendiri kesepian..

Thursday, November 13, 2008

Siapa-siapa yang menjadi "Kekasih Separuh Masa"

Mengelamun sejenak bil terdengar lirik lagu kumpulan The Lima dengan lagu mereka "Separuh Masa" Lirik lagu tersebut begitu mendalam makna nya bagi sesiapa yang menjadi "kekasih separuh masa" bagi mana-mana lelaki..tapi perlu diingatkan bertepuk sebelah tangan tak akan berbunyi kan??

Entahlah, hendak menyalahkan pihak mana pun, saya susah untuk merungkaikan nya..tapi ada ketika nya, kedua-dua pihak memang saling memerlukan walaupun sudah diketahui yang hubungan mereka memang tidak sepatutunya berlaku tapi bila nya berkaitan dengan cinta dan sayang, maka halangan tersebut tidak diindah.

Apa yang nyata, orang yang mengalami nya saja tahu apa yang dirasa..dan ianya tidak mungkin dapat dijelaskan secara terbuka..

Renung-renungkan..

Monday, November 10, 2008

Cerita tentang lelaki lagi...

Lamunan ku di pagi hari semasa perjalanan ke tempat kerja terganggu dengan topik sembang dua wanita yang duduk berhadapan dengan ku. Topik yang sama lagi..LELAKI

Aku cuba untuk tidak mendengar perbualan mereka tetapi suara lantang salah seorang dari mereka begitu kedengaran sekali melepaskan geram nya tentang lelaki.. Dengan suara marahnya, aku dapat menangkap cerita yang dia dapat tahu suaminya ada menyimpan perempuan lain...Kawan nya yan mendengar cerita nya cuma menngangguk kepala..entah, aku kurang pasti samada dia benar memahami perasaan kawan nya yang bercerita itu atau dia hanya sekadar mengangguk untuk menenangkan hati kawannnya.

Selepas itu, topik yang mereka bualkan itu bermain di kepala ku..mungkin bagi ku topik itu seperti cerita basi bagi ku kerana dimana-mana aje aku akan mendengar cerita tentang kecurangan lelaki..apa yang perlu sekarang, wanita-wanita yang terkena jangan cepat melatah dan bercerita dengan teman-teman tak kira tempat..bukan nak menyebelalahi mana-mana pihak, tetapi orang yang kita cerita itu tetap lelaki yang masih bergelar "SUAMI" kita dan ayah kepada anak-anak kita . Maruah mereka tetap kita jaga..

Memang tidak dinafikan , perasaan yang kecewa dan marah tapi bersabar dan beristigifar lah..pasti ada jalan penyelesaiannya..kebanyakan bila difikirkan ,kaum wanita lah yang banyak membuat keputusan didalam hala tuju rumahtangga mereka, samada mereka sanggup berkongsi kasih atau mengakhiri alam rumahtangga mereka..tetapi itu juga Qada & Qadar Allah, jodoh dan pertemuan juga memang sudah di tentukan . Kita manusia hanya lah pelakon di atas pentas dunia ini.. bagaimana bentuk watak kita, kita sendiri yang mengolahkan skrip nya dan menerima sendiri risikonya..

Apa yang pasti keimanan hendaklah teguh didalam mengharungi dan menghadapi apa juga masalah dan rintangan didalam rumahtangga..

Buat renungan teman-teman ku...

Tuesday, November 4, 2008

Resahnya cinta seorang wanita

Ketika baru melabuhkan diri di sofa setelah penat balik dari kerja, tiba-tiba aku menerima panggilan dari sahabat baik ku dan membuat berbagai persoalan yang sukar juga untuk ku ungkaikan dan fahami.

Dia bertanya dengan nada sedih " Bersalah kah aku mencintai lelaki milik wanita lain?

Lalu jawab ku " Salah tak salah terletak pada individu yang mengalami dan individu yang menerima nya"

Dia bertanya lagi " Bukan kah memang sudah di termaktub dalam sunnah sekiranya lelaki berhak untuk kahwin lebih dari seorang?

Sambil tersenyum seorang , aku berkata kepadanya "Tiada sunnah yang paling mudah lelaki ikuti selain berkahwin lebih dari seorang, tapi perlu dingatkan tak semua lelaki mampu untuk berlaku adil. Bukan intuk memperkecilkan kemampuan lelaki, terpulang kepada wanita tersebut untuk bersedia menerima risiko bermadu dan tidak ada wanita di dunia ini sanggup di madukan tetapi perlu diingatkan banyak juga pasangan yang bermadu mampu hidup bahagia sampai ke akhir hayat"

Dia terdiam seketika . Mungkin berfikir sejenak dengan kata-kata ku tadi. Dia berkata lagi " Perit juga liku-liku yang perlu aku lalui walaupun aku belum bermadu lagi dalam ertikata yang sebenarnya"

Jawab ku lagi " Mencintai lelaki dan dicintai lelaki luas persepsi nya, ada yang menyintai lelaki tetapi tidak dicintai lelaki tersebut tetapi tetap rasa bahagia bila bersama, begitulah sebaliknya. Cuma yang perlu diingatkan tak semua cinta berakhir dengan kebahagiaan dan kesengsaraan. Yang penting rasa ikhlas bila kita mencintai seseorang itu dan jangan terlalu menaruh harapan untuk memilikinya kerana harapan yang tinggi membuat diri kita rasa kecewa. Terima dengan redha perjalanan cinta kita"

Lama juga dia terdiam. Entah apa yang bermain dikepala nya, aku sendiri tidak tahu.

Lepas itu dia bersuara " Mungkin pandangan yang kau berikan ada benarnya, mungkin salah diri aku kerana terlalu menaruh harapan yang tinggi "

Terus ku berkata "Engkau belajarlah menerima hakikat yang lelaki itu memang tetap milik orang lain walaupun kau berjaya menjadikannya milik kau juga. Itulah saja jalan yang dapat membuat kehidupan harian mu tenang "

Terdengar suaranya kembali tenang bila kami mengakhiri perbualan kami pada petang tu..

Perbualan tadi membuat diri ku terfikir, adakah pandangan yang aku berikan kepadanya benar-benar ikhlas atau sebaliknya..hanya aku sendiri yang tahu jawapan nya.

Sunday, November 2, 2008

Diantara keinginan dan nafsu

Seringkali kita didedahkan dengan cerita-cerita suami curang ataupun isteri pun curang. Kadang-kadang terfikir juga, adakah ianya satu perancangan yang berupa satu keinginan atau dorongan nafsu semata-mata.

Tidak dinafikan, apa-apa juga motif pada diri masing-masing, ianya tetap satu perkara yang menjengkelkan dan setiap perilaku nya tetap memberi kesan kepada pasangan masing-masing. Terpulang pada diri sendiri untuk mengatasi permainan diri dan risiko yang akan dihadapi dari kesan keinginan dan nafsu.

Cuma apa yang tersirat dan tersurat, setiap kali ada keinginan dan nafsu, tanya pada diri , perlukah kedua-dua perkara tersebut diikuti. Mesti ada jalan untuk menghindarkan diri dari berlaku nya perkara tersebut pada diri kita.

Apa yang perlu, lihat dan kaji kesan nya kepada setiap pelaku-pelaku yang ada telah menerima risikonya.. Tak semua buruk dan tak semestinya juga baik

Renungkan-renungkan...

Friday, October 31, 2008

Hati-hati bila suami anda ada tanda-tanda macam ni

Senang aje kalau para isteri memang betul-betul perihatin tentang perubahan suami mereka.

Salah satunya, masa makan tengahari, sekiranya sepanjang perkahwinan suami sentiasa balik makan tengahari kat rumah (ini bagi yang tinggal tak jauh dari pejabat lah) , tapi tiba-tiba perubahan mula berlaku, dah pandai skip pulak nak balik rumah, mulalah suami buat cerita macam-macam..apatah lagi isteri percaya habislah..Memang kepercayaan isteri terhadap suami di harus kan tapi berpada lah...

Mula prithatin dalam diam tindakan suami, tapi jangan lah di luahkan dulu rasa hati..bersabar..jika berlarutan dari makan tengahari dan merebak ke makan malam pun dia dah pandai bagi alasan .. Jadi tepuk dada tanya selera..

Semua pandangan diraikan


Ada orang bertanya saya, "Apa yang awak tahu tentang lelaki?"

Jawab saya, "Kalau awak nak tanya pendapat, bolehlah saya berikan serba sedikit."

Saya ditanya lagi, "Mana mungkin perangai lelaki serupa?"

Jawapan, "Insya Allah saya boleh terima semua pandangan. Tetapi saya tahu ramai juga lelaki yang tidak jujur kepada isteri mereka."

Semua pandangan diraikan. Selamat datang dan selamat membaca.