Tuesday, November 4, 2008

Resahnya cinta seorang wanita

Ketika baru melabuhkan diri di sofa setelah penat balik dari kerja, tiba-tiba aku menerima panggilan dari sahabat baik ku dan membuat berbagai persoalan yang sukar juga untuk ku ungkaikan dan fahami.

Dia bertanya dengan nada sedih " Bersalah kah aku mencintai lelaki milik wanita lain?

Lalu jawab ku " Salah tak salah terletak pada individu yang mengalami dan individu yang menerima nya"

Dia bertanya lagi " Bukan kah memang sudah di termaktub dalam sunnah sekiranya lelaki berhak untuk kahwin lebih dari seorang?

Sambil tersenyum seorang , aku berkata kepadanya "Tiada sunnah yang paling mudah lelaki ikuti selain berkahwin lebih dari seorang, tapi perlu dingatkan tak semua lelaki mampu untuk berlaku adil. Bukan intuk memperkecilkan kemampuan lelaki, terpulang kepada wanita tersebut untuk bersedia menerima risiko bermadu dan tidak ada wanita di dunia ini sanggup di madukan tetapi perlu diingatkan banyak juga pasangan yang bermadu mampu hidup bahagia sampai ke akhir hayat"

Dia terdiam seketika . Mungkin berfikir sejenak dengan kata-kata ku tadi. Dia berkata lagi " Perit juga liku-liku yang perlu aku lalui walaupun aku belum bermadu lagi dalam ertikata yang sebenarnya"

Jawab ku lagi " Mencintai lelaki dan dicintai lelaki luas persepsi nya, ada yang menyintai lelaki tetapi tidak dicintai lelaki tersebut tetapi tetap rasa bahagia bila bersama, begitulah sebaliknya. Cuma yang perlu diingatkan tak semua cinta berakhir dengan kebahagiaan dan kesengsaraan. Yang penting rasa ikhlas bila kita mencintai seseorang itu dan jangan terlalu menaruh harapan untuk memilikinya kerana harapan yang tinggi membuat diri kita rasa kecewa. Terima dengan redha perjalanan cinta kita"

Lama juga dia terdiam. Entah apa yang bermain dikepala nya, aku sendiri tidak tahu.

Lepas itu dia bersuara " Mungkin pandangan yang kau berikan ada benarnya, mungkin salah diri aku kerana terlalu menaruh harapan yang tinggi "

Terus ku berkata "Engkau belajarlah menerima hakikat yang lelaki itu memang tetap milik orang lain walaupun kau berjaya menjadikannya milik kau juga. Itulah saja jalan yang dapat membuat kehidupan harian mu tenang "

Terdengar suaranya kembali tenang bila kami mengakhiri perbualan kami pada petang tu..

Perbualan tadi membuat diri ku terfikir, adakah pandangan yang aku berikan kepadanya benar-benar ikhlas atau sebaliknya..hanya aku sendiri yang tahu jawapan nya.

No comments: