Wednesday, January 7, 2009

Erti Sebuah Kebenaran

Terdetik seketika pertanyaan bermain di minda, apa erti sebuah kebenaran dan kesannya kepada individu yang mengalaminya...
Kadang-kadang sukar dan pahit untuk menerima tapi hakikatnya kita juga terpaksa dalam keterpaksaan..sekadar menjaga sebuah kehidupan..
Kadang-kadang kita berpura-pura di dalam ego diri sendiri..tapi pahit dan pedihnya kita sendiri yang tahu , walaupun disebalik gelak tawa, ianya mampu menampung seketika rasa hati yang kecewa...

Entah, mungkin kita tidak sama dalam menangani persoalan yang timbul tapi apa yang pasti perasaan sedih tetap sama dilalui..entah, itulah kehidupan demi sebuah kehidupan orang lain..
Sehebat manapun yang dirasai insan yang mengalaminya dengan ego bersamanya, tapi jauh disudut hati nya pasti ada sedikit kekeliruan yang timbul dengan persoalan hati nya..
Apa yang pasti, tanya hati dan perasaan dan cari intipati kebenaran yang bermain dihati , agar jawapan yang dapat dikupas tanpa rasa ego dihati dan ikhlas menerima apa yang tersirat dihati..
Kalau ada timbul rasa yang bertentangan dengan hati, apa yang mampu dilakukan adalah mejauhkan diri kerana tidak mahu ada yang terluka dengan kata-kata cemuhan ..kadang-kadang menerima kebenaran yang hakiki bagai menghiris hati ..walaupun sudah melalui banyak kali liku-liku permasalaha yang hampir sama
Kita manusia, memang hanya mampu merancang dan hendak yang terbaik didalam apa-apa bentuk perhubungan tapi kita juga jangan lupa , hati dan perasaan adalah hak mutlak kita, samada menerima apa yang akan terlintas atau belum lagi terlintas , kita kena sanggup menerima nya dengan hati terbuka tanpa mempersoalkan salah siapa kah ianya terjadi sebegitu...
Renung-renungkan..

2 comments:

Unknown said...

Berdegup agak kencang jantung saya ketika pertama kali membaca tajuk Erti Sebuah Kebenaran ini. Mau tidak nya kerana memang inilah yang sedang saya sendiri alami sekarang ni. Tidak ada manusia yang sengaja memilih jalan sukar untuk meneruskan hidup mereka namun kenapa ianya tetap terjadi.? Jawapannya akan anda temui jika anda betul-betul dapat menghayati Erti Sebuah Kebenaran ini. Mengapa anak perempuan yang sewaktu kecilnya dulu turut dapat merasai apa yang dirasai ibunya yang dimadukan dan kemudian berpisah dengan bapa kandungnya pada usia 8 tahun, hanya ibulah segala-galanya dalam hidupnya, Kini setelah dia telah mencapai usia remaja dan mendapat taraf pendidikan yang layak bergelar siswazah masih juga lagi memilih teman hidup yang telah mempunyai status "suami".Adakah dia berniat nak membalas dendam supaya ada orang lain turut merasai apa yang pernah dirasainya. Jawapan nya tentu sekali tidak bagi seorang yang berpendidikan setaraf demikian. Jadi kesimpulannya disini janganlah kita terlalu suka menunding jari kepada seseorang jika berlaku sesuatu yang sememangnya tidak dijangka kan. Wallah hu wa'lam..sesuatu yang baik itu sebenarnya datang dari TUHAN dan yang buruk itu datang dari kita semua..Cermin dulu diri sendiri.

NORHAJAH said...

Saudara Zamri

Terimkasih atas pendapat anda..betul apa yg awak katakan..tapi sikap menuding jari lah yg selalu terjadi bila berhadapan dgn masalah yg cuba saya ceritakan..tapi hakikatnya kita manusai biasa, tepuk dada tanya selera..